Wednesday, July 21, 2010

Satu Perjuangan Yang Tiada Noktahnya........

Dalam kehidupan kita seharian, kita akan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran untuk terus hidup.. Malah kita akan melakukan apa sahaja dalam mencapai apa yang kita inginkan.. Sebagai kaunselor, perjuangan kita amat mulia dalam membantu manusia untuk menghadapi pelbagai rintangan demi kesejahteraan hidup ini.. Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang lain dalam menegakkan kebenaran dengan meyeru ke arah kebaikan.. Tiada erti berpatah balik dalam meneruskan perjuangan. Sekali kita dalam perjuangan, selama-lamanya kita akan terus berjuang. Ingatlah, bahawa seorang pejuang kebaikan amat diperlukan oleh masyarakat dalam membimbing dan membentuk masyarakat yang mulia. Dan janganlah kita berputus asa dengan perjuangan itu, kerana setiap perjuangan akan bermula dengan kepayahan dan dugaan tetapi pada akhirnya akan ada kesenangan dan kita akan dihargai selamanya.

No comments:

Post a Comment