Sunday, August 29, 2010

Motivasi Pokok Kelapa


Assalamualaikum semua....
Ha.. Hari ini kita akan belajar mengenai pokok kelapa..
Mesti semua hairankan..
Apa yang ada pada pokok kelapa ni???
Hm...
Mari kita lihat satu persatu..

Batang kelapa ni teguh dengan akar yang kuat... Kalau dipukul ribut pun belum tentu ia tumbang...
Buahnya pula boleh digunakan untuk pelbagai tujuan... Airnya boleh di minum.. Isinya boleh dibuat minyak, tempurungnya pu boleh digunakan jugak...
Daunnya pun pelbagai guna... Boleh dibuat lidi dan anyam ketupat pun boleh.. ( Kalau pandai)...
Pendek kata semua bahagian pokok kelapa ni boleh digunakan dan ada manfaatnya kepada kita..
Hm... apa kaitannya dengan motivasi...
HA!!!
Khas untuk pemimpin...
Kita perlu ambil belajar daripada pokok kelapa...

Banyak falsafah yang boleh diambil...
Sebagai pemimpin kita perlu sentiasa berguna kepada orang lain...
TETAPI AWAS!!!!! jangan sampai dipergunakan oleh orang lain...
Ingat tu...
Berbaktilah dengan sebaik-baiknya sebagai seorang PEMIMPIN yang HEBAT...
Mudah-mudahan kita akan disayangi dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat...

Falsafah Pokok Kelapa...
1.Sentiasa membawa kebaikan kepada orang lain.
2.Berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
3.Pergi ke mana sahaja orang akan memandang kita sebgai orang yang berilmu
pengetahuan.
4.Yakin dan percaya bahawa diri sendiri ada kelebihan untuk mencapai kejayaan.
5.Setiap yang tuhan ciptakan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Harap kita sama-sama dapat menikmati dan memanfaatkan KEPIMPINAN yang ada pada diri kita...
Sekian.......

Wednesday, August 18, 2010

RENUNGKAN....


Pokok Tauge

Hari ini kita tanam, besok boleh kutip hasil...
Cepat dan mudah...
Tapi bukan semua orang boleh makan, sebabnya ia tak tahan lama..
Pokoknya pun tak tahan lama...

Ilmu yang tak tahan lama ibarat macam pokok tauge ini..
Hari ini kita dapat tapi bukan manfaat semua orang..
Terutama orang yang selepas daripada kita...
Kita saja yang tahu, orang lain tak dapat tahu...

Tapi kalau.....


Pohon Durian...

Hari ini kita tanam, mungkin 20 Tahun baru ada hasil...
Lambat dan sukar dapatkan hasil...
Malah kita kena jaga dengan baik...
Kita kena baja dan siram pokok dia dari awal kita tanam..
Memang payah..
Tapi..
Pokoknya tahan lama..
Kita kena usaha untuk menjaganya agar tidak rosak..
Manfaatnya untuk semua orang..
Hasilnya bukan kita saja yang dapat,
malah keturunan kita pun boleh dapatkannya...

Ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh orang selepas kita,
ibarat seperti pokok durian..
Hari ini kita dapat, manfaatnya untuk semua orang selepas kita..
Kita tahu ilmu itu, generasi selepas kita pun masih tahu lagi..
Kita hanya perlu jaga sebaik mungkin sahaja ilmu tersebut..

Maka,
pilihlah ilmu yang betul dan renungkanlah..
Ilmu yang mana kita mahu,
untuk diri kita saja atau untuk anak cucu kita sekali..


( Sekadar renungan kita bersama)....


Wednesday, July 21, 2010

Satu Perjuangan Yang Tiada Noktahnya........

Dalam kehidupan kita seharian, kita akan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran untuk terus hidup.. Malah kita akan melakukan apa sahaja dalam mencapai apa yang kita inginkan.. Sebagai kaunselor, perjuangan kita amat mulia dalam membantu manusia untuk menghadapi pelbagai rintangan demi kesejahteraan hidup ini.. Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang lain dalam menegakkan kebenaran dengan meyeru ke arah kebaikan.. Tiada erti berpatah balik dalam meneruskan perjuangan. Sekali kita dalam perjuangan, selama-lamanya kita akan terus berjuang. Ingatlah, bahawa seorang pejuang kebaikan amat diperlukan oleh masyarakat dalam membimbing dan membentuk masyarakat yang mulia. Dan janganlah kita berputus asa dengan perjuangan itu, kerana setiap perjuangan akan bermula dengan kepayahan dan dugaan tetapi pada akhirnya akan ada kesenangan dan kita akan dihargai selamanya.

Sunday, July 18, 2010

salam ukhwah...

salam persahabatan kepada anda yang ingin bersama saya dalam blog ini..
mudah2an kita sama2 akan diberkati oleh-Nya...